Aktiviti
SAMBUTAN ULANGTAHUN PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH
21.07.2009
ALHAMDULILLAH, baru-baru ini kami telah menyambut ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke 3. Banyak aktiviti yang telah berjaya kami jalankan. Antaranya ialah pameran dan pertunjukan dari badan-badan kerajaan dan swasta, pertandingan nasyid dan juga Ceramah Perdana. Ramai juga yang hadir pada hari itu. Kami berharap akan dapat terus menjalankan aktiviti-aktiviti seumpama ini untuk memupuk perhubungan silaturrahim di kalangan warga Manjoi khasnya dan juga umat islam agar kita terus bersama berjuang ke jalan Allah SWT di zaman yang penuh cabaran ini. INSYAALAH



SAMBUTAN MAULID NABI
29.09.2009
Setiap tahun majlis Sambutan Maulidur Rasul akan disambut secara besar-besaran oleh pelajar-pelajar di sini. Pelbagai aturcara dijalankan termasuklah perarakan, nasyid dan ceramah yang mana para penceramah terkenal dijemput bagi memberi motivasi kepada hadirin untuk terus menghayati setiap perjuangan Rasullullah SAW serta mengamalkan sunnah baginda di dalam semua aspek kehidupan.
Bagi Sambutan Maulidur Rasul yang lepas, kami telah menjemput Sheikh Fuad bin Kamaludin Al Maliki dari Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramahnya.

KLINIK SOLAT
Setiap Masa. Sila Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim aktif di dalam mengendalikan klinik solat samada di Pusat Pendidikan Al Barakah, dan juga di surau-surau atau masjid di seluruh pantai barat, jabatan-jabatan kerajaan, firma swasta, organisasi bukan kerajaan, kolej dan universiti serta badan-badan korporat.
Klinik Solat ini berfungsi untuk memberi penekanan kepada solat menurut Rasulullah SAW. Melalui program ini, masyarakat umum dapat berpeluang memperbaiki solat mereka agar ianya lebih tertip dan bermakna. Terdapat lima modul bagi Klinik Solat ini, bermula dari mengambil wuduk sehinggalah solat jamak qasar serta solat orang sakit.
Penekanan mengenai cara solat yang betul amat dititik beratkan kerana ia merupakan amalan pertama yang akan dihisab. Malah syarat amalan yang diterima oleh Allah SWT ialah ikhlas dan ia mesti dibuat mengikut apa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW.

IJTIMAK ILMU
Setiap Ahad setiap minggu.
Ijtimak Ilmu merupakan aktiviti tetap yang dijalankan pada tiap-tiap hari Ahad setiap minggu. Di dalam program Ijtimak Ilmu ini ustaz-ustaz dari luar dijemput untuk menyampaikan kuliah mereka.
Program ini juga memberi kesempatan kepada mereka yang bekerja dan tidak berkesempatan menghadiri kelas pengajian harian untuk turut sama berpeluang menimba dan mendalami ilmu agama.
AKTIVITI KORBAN
Setiap tahun.
Setiap tahun pihak Pusat Pendidikan Al Barakah menjalankan program korban untuk masyarakat setempat. Tahun lepas sahaja sejumlah 15 ekor lembu telah dikorbankan. daging korban ini telah diedarkan kepada masyarakat setempat. Pihak kami mengalau-alukan penyertaan peserta yang berminat untuk mengadakan korban di tempat kami bagi tahun ini.
KEM TAHSIN
Setiap cuti sekolah


Setiap kali musim cuti sekolah PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH mengadakan kem tahsin bagi pelajar-pelajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Matlamat Kem Tahsin cuti sekolah ini ialah untuk memberi penekanan kepada pelajar mengenai solat, bacaan Al Quran, akhlak, fardhu ain dan fardhu kifayah. Kem ini terbuka kepada pelajar yang berusia 7 hingga 17 tahun. Kebiasaannya kem ini di bahagikan kepada 2 segmen - peajar lelaki & perempuan. Penyertaan setakat ini amat memberangsangkan. Kebanyakan peserta datang dari sekitar perak namun terdapat juga peserta yang datang dari negeri Johor dan Singapura.
Kem ini diisi dengan modul-modul yang berbeza pada setiap musim cuti sekolah. Penekanan tentang solat, al Quran dan akhlak sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar digalakkan berdikari serta diterapkan dengan akhlak dan disiplin seorang muslim sepanjang mereka menjalani program ini. Aspek fardhu ain sangat diberikan fokus yang mendalam serta fardhu kifayah seperti pelajaran tentang cara menguruskan jenazah juga diajarkan.
KEM TAHSIN MODUL 11 ( 29/11/09 - 26/12/09 )
| BIL | TEMPOH | HARI | YURAN |
| 1 | 2 Minggu (Pertama) | 14 Hari (29/11/09-12/12/09) | RM 350.00 |
| 2 | 2 Minggu (Kedua) | 14 Hari (13/12/09-26/12/09) | RM 350.00 |
| 3 | 1 Bulan | 28 Hari (29/11/09-26/12/09) | RM 650.00 |
Aktiviti Ramadan 2009
Majlis Berbuka Puasa
Setiap kali Ramadhan, PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH mengadakan majlis berbuka puasa di pusat kami ini. More-more yang di taja oleh individu sentiasa menghiasi meja juadah kami yang diletakkan di luar di bawah bumbung tempat letak kereta.



Tadarus
Bulan Ramadhan telah memberi peluang sekali lagi kepada Biro Wanita di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH untuk menganjurkan program tadarus di pusat kami ini. Penyertaan kali ini semakin bertambah. Tahun ini kami mempunyai 6 kumpulan tadarus yang terdiri dari pelajar yang tinggal dipondok dan juga dari luar. Biro Wanita juga menganjurkan pertandingan Tadarus untuk menambahkan lagi kepelbagaian aktiviti ini supaya ia lebih bersifat interaktif. Kesemua peserta tadarus ini diberikan cenderahati dan hadiah penghargaan dari Biro Wanita pusat. Insyaalah kita akan berjumpa lagi tahun depan. Syabas kepada peserta dan penganjur. Gambar-gambar Qadam dan penghargaan boleh didapati di ruangan galeri foto. KLIK Untuk Gambar
Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim & Warga Emas
Pada 14 September PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kepada mereka yang memerlukan, untuk membantu mereka dengan persiapan hari raya yang menjelang tiba. Majlis yang di rasmikan oleh Ketua Cawangan Khas Daerah IPD Ipoh DSP Yusof Bin Mat Isa. Turut hadir sama adalah Kartika Sari Dewi Shukarno dan juga Ketua Polis Manjoi SM Mohd Haneefa Bin A.M Kunju dari Balai Polis Manjoi. Seramai 24 keluarga, 38 fakir miskin dan 15 orang anak yatim telah menerima bantuan ini yang jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 10,000. Kesemua yang hadir dijemput berbuka puasa di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. KLIK Untuk Gambar






