KEM TAHSIN
KEM TAHSIN MODUL 12 ( 14hb hingga 20hb Mac 2010 ) LELAKI SAHAJA. Umur 9 tahun ke atas.
Sila Hubungi : Puan Ita 012 5449 180 atau Encik Amin 013 4818 133
| BIL | TEMPOH | HARI | YURAN |
| 1 | 1 Minggu | Penyertaan dibuka |
RM 350.00 |
Setiap kali musim cuti sekolah PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH mengadakan Kem Tahsin bagi pelajar-pelajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Matlamat Kem Tahsin cuti sekolah ini ialah untuk memberi penekanan kepada pelajar mengenai solat, bacaan Al Quran, akhlak, fardhu ain dan fardhu kifayah. Kem ini terbuka kepada pelajar yang berusia 7 hingga 17 tahun. Kebiasaannya kem ini di bahagikan kepada 2 segmen - pelajar lelaki & perempuan. Penyertaan setakat ini amat memberangsangkan dan jumlah peserta semakin bertambah sepanjang 10 siri yang telah berlalu. Kebanyakan peserta datang dari sekitar Perak namun terdapat juga peserta yang datang dari negeri Johor dan Singapura.
Kem ini diisi dengan modul-modul yang berbeza pada setiap musim cuti sekolah. Penekanan tentang solat, al Quran dan akhlak sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar digalakkan berdikari serta diterapkan dengan akhlak dan disiplin seorang muslim sepanjang mereka menjalani program ini. Aspek fardhu ain sangat diberikan fokus yang mendalam serta fardhu kifayah seperti pelajaran tentang cara menguruskan jenazah juga diajarkan.
Disamping itu penekanan terhadap aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum juga dititikberatkan. Pengisian terhadap motivasi akademik dan kerohanian serta penekanan terhadap cara-cara menghadapi peperiksaan melalui kaedah seorang muslim juga dititikberatkan. Pengajian kitab-kitab Fiqh yang mengikut sukatan pelajaran KBSR & KBSM juga dilaksanakan. Disamping itu peserta-peserta juga dilatih menghafaz ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Sepanjang program itu, peserta diberi ruang penginapan yang selesa. Peserta akan ditempatkan di asrama dan pondok di dalam kawasan Kompleks Pusat Pendidikan Al Barakah. Program ini juga dipantau dari segi keselamatan oleh unit keselamatan Al Barakah, fasilitator dan PDRM Kg Manjoi.
Sewaktu program berlangsung, peserta dibekalkan dengan makanan sebanyak 6 kali sehari bermula sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam mengikut jadual yang ditetapkan. Disamping itu peserta juga dibekalkan dengan makanan ringan dan minuman sepanjang tempoh 24 jam di asrama masing-masing.
Kebajikan dan kesihatan peserta program ini akan diberi penekanan dimana peserta yang mengalami masalah kesihatan akan dirujuk terus ke pusat kesihatan.