KEMUDAHAN AL BARAKAH ___

 

Di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH kami menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung dan juga pelajar. Kami juga bakal mendirikan asrama anak yatim yang boleh menampung sebanyak 100 orang.

 

Ruang rehat juga ada di sediakan bagi mereka yang menjalani kursus atau mendengar dan mengikuti kelas-kelas pengajian di sini. Begitu juga ruang solat yang selesa dan berventilasi sesuai bagi mereka yang mempunyai kursus-kursus yang dijalankan pada sepanjang hari.

Dewan Seminar yang lengkap dengan sistem audio dan visual terkini boleh disewa dari harga RM 300 satu hari. Dewan ini boleh di gunakan untuk majlis-majlis silaturrahim, perkahwinan, perjumpaan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti kebajikan.

dewan dewan
ruang solat ruang luar

Bagi menampung jumlah pelajar kami yang semakin bertambah hari demi hari, Pusat Pendidikan Al Barakah juga menyediakan ruang letak kereta yang luas dan selamat.

parking parking

Pondok warga emas yang berdekatan juga ada disediakan bagi mereka yang mahu mengikuti kursus- kursus di Al Barakah sepenuh masa. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang pondok agama kami ini sila klik di pautan pondok..

pondok
pondok

Asrama anak yatim dan tahfiz juga bakal di siapkan dalam tempoh terdekat. Kami mengalu-alukan individu ataupun pertubuhan yang ingin berwakaf untuk penyelenggaraan asrama anak yatim ini nanti.

HOMESTAY

Pusat Pendidikan Albarakah juga menyediakan homestay untuk mereka yang perlukan kediaman sementara apabila berkunjung ke sini atau melawat saudara mara di dalam kawasan Kg Manjoi.

 

© COPYRIGHT albarakah.org