PONDOK AGAMA

pondok

PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH juga telah menambah pondok-pondok agama yang boleh di sewa atau dibeli untuk mereka yang mahu mengikuti kelas sepenuh masa anjuran kami di pusat ini. Dengan pembinaan pondok-pondok baru ini kami berharap agar ramai lagi yang akan berminat mengikuti kelas-kelas fardhu dan yang lain, tanpa perlu berulang-alik ke rumah terutama mereka yang tinggal di luar kawasan Ipoh. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa warga Gugusan Manjoi yang membeli atau menyewa pondok kami ini.

  • Harga sewaan pondok adalah sebanyak RM 70 sebulan.
  • Harga belian pondok adalah sebanyak RM 20,000 & RM30,000 sebuah.

PERHATIAN :

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

  1. Bilik Air yang lengkap dengan tandas & shower.
  2. Ruang Dapur yang telah dipasang dengan sink Stainless Steel & soket.
  3. Soket-soket elektrik di setiap sudut tertentu.
  4. Kipas Shiling.
  5. Tempat penyidai di belakang setiap unit pondok.

* Setiap pondok yang telah di beli boleh diubah suai mengikut citarasa tersendiri.

Menarik

Baru-baru ini kami mengadakan Pertandingan Pondok Tercantik. Ini adalah antara aktiviti yang sentiasa kami jalankan untuk menambahkan lagi jaringan dan hubungan sesama ukhwah di Al Barakah. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari setiap penghuni di sini. Dan sudah tentunya kami ada pemenang.

PEMENANG PERTANDINGAN PONDOK TERCANTIK...

 

pondok pondok pondok

GALERI DAN IMEJ PONDOK

pondok agama pondok agama pondok agama

pondok pondok pondok

 

© COPYRIGHT albarakah.org