Sejarah
AL Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz adalah merupakan seorang pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim telah mengambi inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.
Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan yang pertama. ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.
Kerja-kerja pecah tanah telah dibuat pada 2005 dan Penaung iaitu Dato' Kapt (B) Haji Najimuddin bin Elias Al Hafiz telah merasmikan majlis perletakan batu asas . Bagi membangunkan fasa 1 pusat ini,bangunan seperti surau dan pondok moden berjumlah sebanyak 52 buah telah didirikan. Alhamdulillah pada 21 Oktober 2006, Majlis Perasmian telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Besar Perak pada ketika itu, iaitu YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali.
Semenjak itu terus berkembang dengan pesat. daripada memiliki sebidang tanah kini Pusat Pendidikan Al Barakah telah memiliki 6 bidang tanah yang terletak berhampiran di antara satu sama lain.
Kini dalam usia empat tahun telah mempunyai kelas pengajian yang dibahagikan kepada 3 iaitu pengajian dewasa, KAFA dan Pengajian Tahfiz. Bagi Kelas Pengajian Dewasa sahaja, jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 orang dan Kelas Agama Albarakah (SRAR) pula mempunyai 400 orang murid bagi kelas sesi pagi dan petang.
kini telah membangun dan mengubahsuai dewan besar sedia ada yang sekarang boleh menampung lebih dari 400 orang di mana kelas pengajian dewasa dijalankan, surau yang boleh memuatkan 300 orang jemaah dalam satu-satu masa, bangunan pentadbiran, Sekolah Agama Al Barakah dan pondok moden. Jumlah pondok juga telah bertambah dari 52 ke 80 buah.

telah pun membangunkan sejumlah 29 buah pondok lagi di atas sebidang tanah yang baru di beli dan bakal siap pertengahan tahun 2010.
Atas sumbangan orang ramai telah berjaya mendirikan bangunan dan asrama penginapan pelajar MAAHAD TAHFIZ. Seramai 80 orang pelajar menjalani program ini pada tahun 2010. Sehubungan dengan itu telahpun menambah kakitangan khasnya guru agama dan akedemik yang bertauliah untuk MAAHAD TAHFIZ ini. Dari semasa ke semasa akan menambah kemudahan prasarana dan alat pengajian bagi pusat tahfiz ini. Sila hubungi kami sekiranya ada yang berminat untuk memberikan sumbangan bagi menrealisasikan harapan pusat ini.

Al Barakah juga telah mengubahsuai dewan yang menjadi kelas pengajian dewasa untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat hari demi hari. Untuk menjamin keselesaan pelajar di dewan itu, beberapa alat penyaman udara berkuasa besar telah ditempatkan. Sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Bomba, beberapa alat pemadam api boleh didapati di dalam dewan sekiranya berlaku kecemasan.

Untuk menampung permintaan, Pusat Pendidikan Al Barakah mendirikan lagi pondok-pondok agama di sebuah lokasi yang berhampiran dengan pusat ini. Ia dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

Kami mengalu-alukan kepada individu atau korporat yang berminat untuk berwakaf. Sila gunakan borang wakaf yang kami sertakan di dalam laman web ini. Atau anda boleh juga menyalurkan wakaf anda itu secara terus melalui bank.
AKAUN :

- Nama Akaun : Pusat Pendidikan Al Barakah
- Nombor Akaun : 08160000129107

- Nama Akaun : Tabung Pengajian Barakah
- Nombor Akaun : 08013010060683



