MAAHAD TAHFIZ
Sila Klik di sini untuk Gambar Maahad Tahfiz
Sasaran 2010.
Ini adalah tahun pertama sekolah Tahfiz ini beroperasi. Walaupun mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang tahfiz, namun untuk menjamin mutu pembelajaran yang tinggi, Pusat Pendidikan Al Barakah sentiasa mencari jalan untuk memastikan bahawa tahun 2010 memberi impak positif dan produktif bagi pelajar tahfiz di sini. Buku-buku pembelajaran agama dan akademik sentiasa ditambah dan diperluaskan penggunaannya. Untuk menjamin pelajar di sini mendapat pendidikan yang secukupnya, masa pembelajaran dan kaedah serta teknik belajar diperbaiki dari masa ke semasa.
Buat masa ini pelajar-pelajar tahfiz masih berkongsi kelas bersama-sama dengan pelajar Kafa di sebuah bangunan yang baru didirikan. Mereka menggunakan bangunan surau yang sedia ada untuk mengikuti program hafazan yang diajar di situ.

Asrama Maahad Tahfiz Al Barakah didirikan di dalam kawasan pusat ini. Terdapat dua buah bangunan asrama yang menampung kesemua lapan puluh pelajar. Kedua-dua asrama dilengkapi dengan katil dua tingkat, loker, bilik mandi dan tandas.

Kantin dan juga ruang makan untuk pelajar tahfiz terletak bersebelahan dengan asrama. Terdapat juga bilik mandi tambahan yang disediakan berdekatan.
Pengajian
Pengajian yang ditawarkan kepada pelajar yang telah menduduki ujian temuduga dan lulus serta layak menjadi pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah akan terbahagi kepada ( 2 ) dua peringkat :-
- Peringkat Rendah / Pra-Tahfiz ( 10, 11, 12 Tahun ).
- Peringkat Menengah ( Tingkatan 1 ).
Peringkat Rendah / Pra-Tahfiz
• Bagi peringkat rendah pelajar-pelajar akan memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan dan akan menduduki peperiksaan UPSR.
• Kemudian pada sebelah petangnya pelajar-pelajar akan memasuki pula kelas fardhu-ain di bawah kelolaan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Barakah dan akan menduduki peperiksaan UPKK di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi pelajar tahun 5 ( 11 Tahun ).
• Dan pada sebelah malamnya pula pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kaedah penghafalan al-quran secara berperingkat bagi melatih mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Peringkat Menengah
• Bagi peringkat menengah pula pelajar-pelajar akan ditumpukan kepada penghafalan al-quran sepenuh masa dan pihak Maahad mensasarkan pelajar-pelajar peringkat ini dapat menghabiskan penghafalan mereka dalam masa ( 3 ) tiga tahun.
• Peringkat menengah ini juga akan mempelajari pengajian ‘idadi mengikut yang disarankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Dan matapelajaran yang akan didedahkan kepada mereka hanyalah matapelajaran Nahu, Sorof dan Feqah sahaja bagi tingkatan satu hingga tingkatan 3. Dan semua matapelajaran ‘idadi tingkatan empat bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan Empat Thanawi ( Rabi’ah Thanawiah ).
• Disamping itu pihak Maahad juga memberi penumpuan kepada pelajar-pelajar peringkat menengah ini bagi matapelajaran teras akademik untuk memberi peluang kepada mereka menduduki peperiksaan SPM setelah tamat hafalan al-quran dan mempunyai sijil empat thanawi. Dan matapelajaran teras yang dimaksudkan ialah matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah yang akan diajarkan oleh guru-guru yang mempunyai kelayakan latar belakang pendidikan.
• Dan pihak Maahad mensasarkan pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah mempunyai Sijil Tahfiz yang dikeluarkan oleh pihak Maahad, Sijil Ujian Penilaian Khas KAFA dan Sijil Empat Thanawi yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Sijil Penilaian Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Waktu pembelajaran bagi peringkat menengah selama seminggu :-
- Hafalan al-quran : 960 Minit.
- Pelajaran ‘idadi : 300 Minit.
- Bahasa Melayu : 90 Minit.
- Bahasa Inggeris : 90 Minit.
- Matematik : 180 Minit.
- Sains : 90 Minit.
- Sejarah : 90 Minit.





