Taja laman web Al Barakah

Pada awalnya laman web albarakah.org adalah sebagai medium pemasaran dan info untuk Pusat Pendidikan Al Barakah. Namun sejak pelancarannya pada Jun tahun lalu, laman web ini mula mendapat sambutan dari pengunjung. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan pusat Islam ini berpendapat bahawa adalah lebih menguntungkan pengunjung-pengunjung laman web ini jika diberikan info-info yang menarik untuk dijadikan manfaat dan mendapat keredaan dari Allah SWT.

Pelbagai usaha dan pautan baru telah diketengahkan sejajar dengan impian pusat ini. Antaranya adalah Audio Ustaz Kazim, jadual kuliah beliau dan Ustaz Online (akan disambung semula). Pihak pengurusan juga telah bersetuju untuk mengenengahkan infoislam iaitu sebuah pautan baru yang akan memaparkan info-info berguna untuk kepentingan semua.

Di infoIslam ini, pengunjung akan dapat menelaah segala tentang Islam untuk dijadikan panduan. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, segala info tersebut boleh di dapati di telefon bimbit di mana sahaja. Buat permulaan, kami mengutamakan Fardhu Ain kerana ia adalah yang terpenting dalam memupuk peribadi seseorang muslim itu.

Pihak pengurusan juga bersetuju untuk meletakkan berita-berita dunia Islam dan juga artikel-artikel yang boleh dijadikan bahan renungan untuk semua. Dan secara berperingkat, insyaallah laman web ini juga akan boleh di layari di dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Walaubagaimanapun kami memerlukan penaja untuk menrealisasikan impian ini. Sekiranya ada orang perseorangan atau korporat /institusi yang berminat untuk menaja laman web ini, segala sumbangan tajaan akan digunakan untuk membayar programmer/ web designer/ developer, membeli dan menaiktarafkan software(perisian) terkini dan dengan fungsi yang difikirkan bersesuaian dengan matlamat laman web kami dan juga elemen-elemen lain yang bersangkutan dengan proses pembikinan dan pembangunan laman web.

Dengan itu kami mengalu-alukan untuk sesiapa yang berminat untuk menaja laman web kami ini agar kami dapat menrealisasikan matlamat FISABILILLAH kami untuk kepentingan dan kebajikan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Sila hubungi Cik Nurul untuk keterangan lanjut.

Apple Cider Vinegar

JUMLAH PENGUNJUNG

 

© COPYRIGHT albarakah.org