Info Agama
Info agama > Zakat
Apa itu zakat?
Dari segi syarak zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tetentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau selepas sempurna menuai. Setiap orangyang mampu dan cukup hartanya setiap tahun WAJIB mengeluarkan zakat. Sebaliknya orang islam yang tidak cukup hartanya satu nisab, tidak wajib mengeluarkan zakat.
Apakah Hikmah Berzakat?
- Adalah satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin agar turut sama mengecapi nikmat Allah.
- Kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jihade (pengorbanan) melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima.
- Membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin terhadap orang berada. Seterusnya untuk membersihkan segolongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan, yang merasakan dirimereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
- Melenyapkan sikap cintakan harta, bakhil dan kedekut.
- Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbang sebahagiannya demi agama Allah.
Hadis Nabi
"Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakkan hartanya"
Zakat Harta
Zakat harta adalah wang simpanan, emas dan perak, binatang ternakan, biji-bijian, dan perniagaan. Syarat-syarat untuk mengeluarkan zakat ini adalah
- Islam
- Sempurna Milik
- Merdeka
- Cukup nisab
- Cukup tempoh (haul)
Firman Allah
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka seraya dikatakan kepadanya, "inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu."
Zakat Wang Simpanan
Nisabnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh jabatan agama menurut turun naiknya harga emas ialah 2.5% daripada simpanan wang atau semua nilaian harga barang-barang dalam tempoh setahun berkenaan. Sebagai tambahannya, kadar bayaran bagi zakat wang simpanan ialah wang simpanan yang menyamai / melebihi nisab (nilai 85 gram emas di pasaran semasa) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa).
Tarikh No Kira-kira Wang Keluar Wang Masuk Baki 01/01/2007 12345 6,500.00 6,500.00 07/04/2007 500.00 6,000.00 09/05/2007 700.00 5,300.00 28/06/2007 1,000.00 6,300.00 20/10/2007 900.00 5,400.00 30/12/2007 600.00 4,800.00 09/02/2008 300.00 5,100.00
Anda boleh membayar zakat anda di Pusat Pendidikan Albarakah, hasil zakat dibahagikan kepada 3 iaitu Fisabilillah, Fakir dan Miskin. Sila hubungi pegawai yang berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang berzakat di pusat pendidikan Islam ini. Zakat boleh dibayar secara tunai, wang pos, cek dan juga online banking.



